Sunday, 21 May 2017

Ulasan Artikel

Artikel 1
Examining Disparities in Mathematics Education: Achievement Gap or Opportunity Gap?
Oleh : Alfinio Flores

Link : http://www.jstor.org/stable/40367921 


Ulasan:
Kajian dijalankan di kalangan pelajar Amerika yang mempunyai perbezaan dai segi etnik. Ujian dijalankan di kalangan pelajar dari kumpulan etnik yang berbeza dan data dikumpulkan. Data yang dikumpul menunjukkan perbezaan yang ketara dan meningkat. Ini adalah kerana, peluang untuk belajar Matematik tidak disamaratakan kepada semua murid. Terutamanya, pelajar-pelajar dari kumpulan etnik Afrikan Amerikan, Latino dan pelajar berpendapatan rendah mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mendapat guru Matematik yang berpengalaman. 

Artikel 2
A "Gap-Gazing" Fetish in Mathematics Education Problematizing Research on the Achievement Gap
Oleh : Rochelle Gutierrez
Link : https://www.researchgate.net/publication/234661284


Ulasan:
Kajian dijalankan bagi mengenalpasti jurang dalam pencapaian Matematik di antara pelajar-pelajar putih kelas pertengahan dengan pelajr-pelajar hitam, Latino, pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris dan pelajar yang bekerja. Hasil kajian menunjukkan memang terdapat jurang dalam pencapaian Matematik di antara kumpulan pelajar tersebut. Kajian juga telah memberi beberapa cadangan bagi mengurangkan jurang ini, iaitu memberi akses yang sepenuhnya kepada semua pelajar supaya mereka terlibat dengan kualiti Matematik, melaraskan markah ujian serta kadar penyertaan ujian, mengekalkan budaya, bahasa dan hubungan kekeluargaan pelajar dan penglibatan pelbagai agensi untuk membawa perubahan di kalangan sekolah.

Artikel 3
The Development of Gender Achievement Gaps in Mathematics and Reading During Elementary and Middle School
Oleh : Joseph Paul Robinson & Sarah Theule Lubienski
Link : https://www.researchgate.net/publication/250184905

Dengan menggunakan K-8 Longitudinal Data, pengkaji telah mengkaji tentang pencapaian Lelaki dan Perempuan di dalam matapelajaran Matematik dan bacaan. Tambahan pula, markah ujian yang diberikan oleh guru juga dibandingbezakan. Pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat jurang dalam pencapaian Matematik berdasarkan faktor jantina di kalangan pelajar-pelajar prasekolah. Namun begitu, guru-guru mendapati bahawa markah pelajar perempuan sentiasa lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Implikasi atas kajian ini juga dibincangkan.